skldgp.zoom-a.com
SEKOLAH KEBANGSAAN LADANG PAMOL
KM16, JALAN MERSING Tel : 07-7879753, Faks :
e-mel : skldgp@zoom-a.com
| LAMAN UTAMA | UCAPAN GB | SEJARAH | VISI & MISI | LOGO SEKOLAH | LAGU SEKOLAH | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | PIBG | ENROLMEN PELAJAR | LAMAN GURU SKLP | AKTIVITI HARI GURU 2007 | ORGANISASI | KEPUTUSAN UPSR | PANORAMA | ALBUM | VIDEO | MANTAN GB | LINKS | BUKU PELAWAT |

                                                          
                                SEKAPUR SIRIH DARIPADA
                                            GURU BESAR
                                            EN. ONN BIN MOHD NOOR)

Assalamualaikum Wrbkth.

Terlebih dahulu pada kesempatan ini saya bagi pihak Pentadbiran SK Ladang Pamol, barisan pendidik dan kakitangan serta para pelajar ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi melayari laman web sekolah ini.

Semoga laman web ini akan dapat memberi impak yang baik serta mewujudkan silaturahim dan hubungan muhibah dengan semua pihak, terutama bagi bersama-sama mempertingkatkan kemajuan dan kecemerlangan semua sekolah dalam arus pendidikan perdana di negara ini.

Oleh yang demikian, saya sangat berharap semoga barisan pendidik di sekolah ini akan mempertingkat kegigihan dan bakti mulia untuk sentiasa menjana kecemerlangan sekolah ini ke mercu yang lebih gemilang. Saya sentiasa menaruh keyakinan bahawa barisan pendidik di sekolah ini berkemampuan menaburkan bakti untuk memperkasa lagi sekolah ini.

Di samping itu, saya juga berharap semoga para pelajar dapat mempertingkat ketekunan dalam usaha menimba ilmu, terutama untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Sesungguhnya, ilmu dan pengetahuan akan menjadi obor yang sangat berguna dalam hidup sepanjang zaman.

Akhir kata, terima kasih kepada webmaster, saudara Kamarullzaman kerana bertungkus lumus untuk menyiapkan laman ini serta kepada semua pihak yang telah menyumbangkan fikiran dan tenaga dalam usaha membangunkan laman web ini.

Insya-Allah, mudah-mudahan sekolah ini akan terus cemerlang, gemilang dan terbilang. InsyaAllah. Amin..

Wassalam.


 

Hak Cipta Terpelihara © 2006-2007 - Unit Teknologi Maklumat & Komunikasi SK Ladang Pamol

Paparan terbaik gunakan resolution 1280 x 800 dengan pelayan IE



Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: